Showing posts with label iLMiaH. Show all posts
Showing posts with label iLMiaH. Show all posts

Monday, October 15, 2012

6 JEniS WAniTa YANg tiDAk PaTUt diKAHwiNi

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : " Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah
wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.


2.Wanita Mananah
wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah

Pertama - Wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua - Dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah
banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.


Sumber : ehberita.com

p/s: Saya dah lama dengar pasal ni..tapi bila muhasabah diri antara mahmudah dam mazmumah kite terus teringat perkara ni..sebenarnye ramai antara kite yang terlepas pandang semua ni..yang penting sekarang ni adalah luaran jerk..jadi ini bukan tuk semua lelaki tetapi sebenarnye amat penting bagi semua perempuan untuk menilai dan muhasabah diri kite.. Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan di atas... Sedih rasanya bila ade antara kite yang kufur nikmat...kesenangan dunia hanya sementara..tidak perlu bermegah untuk menunjuk..ingat..mungkin orang yang kite pandang rendah itu sebenarnye lebih tinggi nilai diri dari kite..
Mood :.. Sedih dengan situasi yang berlaku sekarang terutama kepada para wanita..

Tuesday, April 10, 2012

uSAha, Doa, TawaKAL

1: Salam awk..
2: Ye..
1: Nak tanye ckit boley?
2: Ape die?
1: Camne ni, die sakit lagi?
2: Sy dah cube mcm2 kt die, setiap penawar yg sy jumpe, sy sarankan pada die, ade juga kwn yg boleh tlg..tp semua tu dr hati die..klu die xrela susah..awk kan rapat dengan die, cubalah pujuk die
1: Boley ke?..org tu pandai ke?
2: Awk ni xpercaya perubatan Islam ke?..kena kena usaha klu nak baek
1: Ape kata kite berdoa mintak je pada Allah
2: Ya Allah awk ni...memanglah kite berdoa pada Allah tp dalam masa yg sama kite kena ikhtiar.kenapa..selama nih awak tak berdoa pada Allah ke mintak die sembuh?
1: Ada
2: Bis tuh..Awk kena tau konsep dalam Islam..kite kena ikhtiar, kemudian berdoa n akhir sekali tawakkal pada Nya
1: Tapi kite kena mintak pada Allah dulu..tulah ilmu awl mengenal agama
2: Awk dengar cni, sy nak ckp lebih pon sy xpndai sgt,sy pon masih mencari ilmu, awk yg lebih tua, pandai bercakap mesti tau dr sy kan..Klu kite demam xkan kite duduk je mohon Allah sembuhkan..Betul tp xkan kite nak berdiam diri,xnak ikhtiar..kite pergi jumpe doktor n doktor bagi ubat..masa mkn ubat tu kite doa dlm ati semoga Allah sembuhkan sakit kite, bukan kite percaya ubat tu sembuhkan tp Allah melalui perantaraan ubat itu sebagai ikhtiar kite..kite pon dah berdoa akhirnye tawakal pada ketentuan Allah..klu xsembuh juga kite cr ikhtiar laen.Bukan ke masa kite dpt sakit tu kite dah igt pada Allah..semua dtg dr Allah kan.
1:Ye sy tau...
2: Bistuh skang kite sama2 lah ikhtiar yg terbaek baginye..
1: Ape kata jin tu cabar kuasa Allah..maka kite mohon je pd Allah
2: Sy xtau dah nak ckp ape..lg 1 awk kua dgn die nih mntak kebenaran mak ayh die x?die masih bawah mak ayh die..awk xboley camtu
1: Yelah..awk betul..sy ni xbanyak ilmu
2: Sebab tu kite org Islam wajib menuntut ilmu sampai bile2? even dh keje pon ilmu tu kena sentiasa cr..sentiasa update..ape awk igt komputer jerk nak update?sy ni dah tua pon masih belajar lagi
1: Sy lg tua dr awk
2: Tau pun..sebab tu lah klu nak cr ilmu jgn malu..jgn malas..ayh sy yg dah tua tu pun masih lg pergi kelas komputer,mlm2 dgr kuliah agama kt masjid..inikan pulak kite yg muda. Awk cubalah yg terbaek..sy xberhak masuk campur urusan awak.

Wednesday, April 4, 2012

DiaM leBiH BaiK..

Kata - kata hikmah :~ Barang siapa yang banyak berbicara, akan banyak salahnya ~

Sabda Rasulullah s.a.w " Janganlah kamu banyak berbicara tanpa menyebut nama Allah kerana perbicaraan yang panjang lebar tanpa menyebut nama Allah akan membuat hati menjadi keras. Sesungguhnya manusia yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang mempunyai hati yang keras." ~ Riwayat Abdullah bin Amru...

Selalu pesan kt ank murid siapa yang banyak cakap mesti lambat siap keje..pastu buang ilmu kecuali bercakap perkara yang baik dan tentang pelajaran..hehe..tp bile cikgu cikgi bertemu kt bilik guru..sampai sok xhbis cerita..waktu sekolah kisah anak murid n P&P dlm kelas..dah habis waktu sekolah sibuk lak cite pasal anak dan keluarga..so...beringatlah kite semua..banyakkan berzikir dan berkata perkara yg baek..

p/s : kami suke sekolah..ari2 kami balik kol 5 ptg..wat keje sambil santai..pg sibuk p&p..petang masa tuk keje failing...caiyok kawan2...xsabar nak tunggu game netball..sy kua rumah 645pg..sy sampai rumah 6 ptg..huhu

Monday, September 12, 2011

Act LikE a LaDy, ThiNK liKE a Man

Wanita..berfikirlah seperti lelaki..
so ape yang u all fikir..ermm..hehe
sebenarnye saya dah habis baca buku ni awal puasa aritu...
tiba2 td baru teringt nak berkongsi dengan semua..
tgk tajuk pun dah tau kan, buku terjemahan jerk..
agknye kalu yang asal berbulan2 lagilah saya nak habiskan...hehe
sedikit sinopsis buku ni,
ia banyak menceritakan mengenai apa sebenarnye dalam fikiran kaum Adam bila melibatkan org sekeliling mereka...
apa yang paling menarik ketika saya baca buku ni adalah 3 perkara yang sangat penting bagi lelaki sebelum ke arah perkahwinan..
Cinta lelaki bukan seperti wanita kerana sebagai wanita,
cukup sekadar diri kite rasa dihargai dan disayangi kita dah rasa sangat bahagia,
tetapi lain bagi lelaki..
pertama memberi kenyataan iaitu apabila dia serius dengan kite dan bersedia untuk hidup bersama kita maka waktu itulah die akan perkenalkan kite kepada semua orang di sekeliling die bahawa kita adalah sangat istimewa dalam hidup die tetapi masih belum dapat yakinkan kite bahawa die akan berkahwin dengan kite,
kedua apabila mereka dapat mencari penyelesaian sebagai pemberi nafkah kepada keluarganya kelak.ini bermaksud apabila mereka dah mendapat pekerjaan dan mencapai cita2 mereka..
dan ketiga apabila mereka rasa mereka mampu menjadi pelindung kepada keluarga mereka suatu hari nanti..
apabila ketiga2 perkara tersebut lengkap maka mereka sangat bersedia untuk berkahwin..
sebab tu kadang2 die berkawan dengan kite lama, sampai masa kite jadi letih untuk menunggu, tetapi sebenarnye mereka memikirkan masa depan yang sangat jauh, kerana bagi mereka perkahwinan adalah untuk selamanya...
so..untuk tau lebih banyak perkara bacalah buku ni...memang menarik..

yang ni lak tengah tunggu turn untuk diterjah..hehe


Lagi 2 rak laci ni buku yang saya belum baca...huhu..bilalah nak selesaikan...

Friday, June 11, 2010

PPBK

DEFINISI PPBK
( Pengajaran & Pembelajaran Berbantukan Komputer )

Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Ianya dapat membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif. Selain dari bahan bantu mengajar, komputer juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses pengurusan dan penilaian di sekolah. Menurut Heinich, Molenda and Russell (1993) banyak perisian komputer yang boleh dimanfaatkan dalam setiap aspek pendidikan.

Perkembangan PPBK Kaedah pengajaran pembelajaran berbantukan komputer telah lama wujud sejak tahun 1960-an lagi di Amerika Syarikat dengan menggunakan komputer IBM. Satu projek PPBK yang dinamakan PLATO (Programmed Logic Automatic Teaching Operation) telah dibangunkan dengan kerjasama Universiti Illinois untuk membangunkan bahan perisian kursus untuk di gunakan di sekolah-sekolah. Di Malaysia, PPBK telah mula di perkenalkan dengan melibatkan 60 buah sekolah menengah yang dibekalkan 20 buah komputer pada tahun1993. Suatu bahan perisian yang di namakan ComIL telah di perkenalkan dengan kerjasama MIMOS dan Kementerian Pendidikan. Sekarang ini tumpuan utama PPBK adalah melibatkan empat mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kaedah pengajaran menggunakan komputer juga akan semakin berkembang dengan wujudnya Sekolah Bestari yang mana merupakan salah satu dari tujuh aplikasi MSC. Usaha-usaha sedang dijalankan oleh semua pihak untuk menjadikan mutu dan taraf pendidikan dapat ditingkatkan melalui pelbagai aspek dan salah satunya ialah penggunaan bahan-bahan perisian PPBK yang bersesuaian dan menepati kehendak pendidikan semasa. Antara PPBK:-

• Computer Assisted Learning
• Computer Assisted Instruction
• Computer Based Instruction
• Computer Aided Learning
• Computer Based Learning

Penggunaan komputer untuk pengajaran adalah dalam bentuk tutorial,latih tubi, simulasi dan penilaian pelajar .Pelajar boleh terus belajar melalui komputer melalui pakej-pakej yang disediakan. Pakej tersebut mempunyai objektif tertentu mengikut tahap kemampuan kognitif pelajar

CIRI-CIRI PPBK

• Berasaskan individu
• Boleh diulang
• Bahan disediakan oleh guru
• Ramah pengguna
• Boleh diubahsuai mengikut tahap murid
• Interaktif


MENGHASILKAN PERISIAN PPBK
( JENIS - JENIS PPBK )


• Verbal
• Latih tubi
• Simulasi
• Inkuiri
• Tutorial
• Penyelesaian Masalah
• Permainan

KAEDAH MENGHASILKAN PERISIAN PPBK

VERBAL
• Pengajaran terancang
• Buku kerja, bAhan gambarajah, soalan disediakan kepada pelajar
• Pelajar memberi respon jawapan pilihan
• Pelajar boleh meminta komputer memberi jawapan yang betul
• Komputer memberi jawapan secara verbal

SIMULASI
• Lebih berbentuk permainan
• Sesuai dalam pengajaran matematik
• Pelajar memberi pilihan pembolehubah yang dapat memaparkan output yang berbeza

INKUIRI
• Pelajar boleh bertanya komputer soalan tidak berstruktur mengenai masalah pelajaran
• Komputer memberi jawapan dan masalah tambahan untuik diselesaikan
• Ia sangat kompleks untuk disediaka
• Ia sesuai untuk matapelajaran sains

TUTORIAL
• Isi pelajaran tersusun
• Pelajar boleh menjawab soalan
• Komputer beri maklumbalas

PENYELESAIAN MASALAH
• Pelajar dikehendaki membuat analisis masalah
• Data dimasukkan ke dalam ingatan komputer
• Komputer membantu pelajar menyelesaikan masalah
• Sesuai untuk mata pelajaran matematik dan sains

PERMAINAN
• Permainan berorientasikan pembelajaran
• Pelajar akan cuba menyelesaikan masalah dengan menjawab berdasarkan syarat, lojik dan hukum tertentu
• Situasi yang diberi mencabar motivasi pelajar

KELEBIHAN PPBK
• Penumpuan kepada pelajaran
• Keupayaan lati tubi, ulangan, pemulihan dan pengayaan
• Pembelajaran terarah kendidi (self-directed), kemampuan kendiri (self-paced) dan multiple intelligent
• Interaktif
• Kolaboratif
• Individu

KELEMAHAN PPBK
• Kos tinggi
• Perlukan kemahiran guru dalam mereka bahan atau perisian

Penilaian

PPBK Menurut Alessi and Trollip (1991) proses penilaian melibatkan beberapa langkah iaitu :

i) Melihat dokumentasi sekali imbas dan meneliti maklumat penting
ii) Mendapatkan maklumat tentang perisian kursus dari dokumentasi yang dilampirkan untuk di salin ke borang penilaian.
iii) Menggunakan perisian kursus pada komputer dari awal hingga akhir sambil meneliti ciri yang sedia ada.
iv) Melakukan kesilapan menaip dengan sengaja. Lihat apa terjadi.
v) Memberikan penilaian berdasarkan penggunaan


Menurut Douglass E. Wolfgram (1994) ciri-ciri bahan kursus yang baik ialah :

i) Isi kandungan yang bersesuaian dengan objektif pembelajarandan tahap kognitif pelajar .
ii) Arahan yang mudah digunakan dan jelas.
iii) Penggunaan grafik yang menarik.
iv) Terdapat selitan audio untuk menimbulkan rangsangan dan motivasi.
v) Terdapat interaksi antara komputer dengan pelajar di mana maklumbalas dapat diberi secara serta merta.