Friday, June 11, 2010

PPBK

DEFINISI PPBK
( Pengajaran & Pembelajaran Berbantukan Komputer )

Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Ianya dapat membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif. Selain dari bahan bantu mengajar, komputer juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses pengurusan dan penilaian di sekolah. Menurut Heinich, Molenda and Russell (1993) banyak perisian komputer yang boleh dimanfaatkan dalam setiap aspek pendidikan.

Perkembangan PPBK Kaedah pengajaran pembelajaran berbantukan komputer telah lama wujud sejak tahun 1960-an lagi di Amerika Syarikat dengan menggunakan komputer IBM. Satu projek PPBK yang dinamakan PLATO (Programmed Logic Automatic Teaching Operation) telah dibangunkan dengan kerjasama Universiti Illinois untuk membangunkan bahan perisian kursus untuk di gunakan di sekolah-sekolah. Di Malaysia, PPBK telah mula di perkenalkan dengan melibatkan 60 buah sekolah menengah yang dibekalkan 20 buah komputer pada tahun1993. Suatu bahan perisian yang di namakan ComIL telah di perkenalkan dengan kerjasama MIMOS dan Kementerian Pendidikan. Sekarang ini tumpuan utama PPBK adalah melibatkan empat mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kaedah pengajaran menggunakan komputer juga akan semakin berkembang dengan wujudnya Sekolah Bestari yang mana merupakan salah satu dari tujuh aplikasi MSC. Usaha-usaha sedang dijalankan oleh semua pihak untuk menjadikan mutu dan taraf pendidikan dapat ditingkatkan melalui pelbagai aspek dan salah satunya ialah penggunaan bahan-bahan perisian PPBK yang bersesuaian dan menepati kehendak pendidikan semasa. Antara PPBK:-

• Computer Assisted Learning
• Computer Assisted Instruction
• Computer Based Instruction
• Computer Aided Learning
• Computer Based Learning

Penggunaan komputer untuk pengajaran adalah dalam bentuk tutorial,latih tubi, simulasi dan penilaian pelajar .Pelajar boleh terus belajar melalui komputer melalui pakej-pakej yang disediakan. Pakej tersebut mempunyai objektif tertentu mengikut tahap kemampuan kognitif pelajar

CIRI-CIRI PPBK

• Berasaskan individu
• Boleh diulang
• Bahan disediakan oleh guru
• Ramah pengguna
• Boleh diubahsuai mengikut tahap murid
• Interaktif


MENGHASILKAN PERISIAN PPBK
( JENIS - JENIS PPBK )


• Verbal
• Latih tubi
• Simulasi
• Inkuiri
• Tutorial
• Penyelesaian Masalah
• Permainan

KAEDAH MENGHASILKAN PERISIAN PPBK

VERBAL
• Pengajaran terancang
• Buku kerja, bAhan gambarajah, soalan disediakan kepada pelajar
• Pelajar memberi respon jawapan pilihan
• Pelajar boleh meminta komputer memberi jawapan yang betul
• Komputer memberi jawapan secara verbal

SIMULASI
• Lebih berbentuk permainan
• Sesuai dalam pengajaran matematik
• Pelajar memberi pilihan pembolehubah yang dapat memaparkan output yang berbeza

INKUIRI
• Pelajar boleh bertanya komputer soalan tidak berstruktur mengenai masalah pelajaran
• Komputer memberi jawapan dan masalah tambahan untuik diselesaikan
• Ia sangat kompleks untuk disediaka
• Ia sesuai untuk matapelajaran sains

TUTORIAL
• Isi pelajaran tersusun
• Pelajar boleh menjawab soalan
• Komputer beri maklumbalas

PENYELESAIAN MASALAH
• Pelajar dikehendaki membuat analisis masalah
• Data dimasukkan ke dalam ingatan komputer
• Komputer membantu pelajar menyelesaikan masalah
• Sesuai untuk mata pelajaran matematik dan sains

PERMAINAN
• Permainan berorientasikan pembelajaran
• Pelajar akan cuba menyelesaikan masalah dengan menjawab berdasarkan syarat, lojik dan hukum tertentu
• Situasi yang diberi mencabar motivasi pelajar

KELEBIHAN PPBK
• Penumpuan kepada pelajaran
• Keupayaan lati tubi, ulangan, pemulihan dan pengayaan
• Pembelajaran terarah kendidi (self-directed), kemampuan kendiri (self-paced) dan multiple intelligent
• Interaktif
• Kolaboratif
• Individu

KELEMAHAN PPBK
• Kos tinggi
• Perlukan kemahiran guru dalam mereka bahan atau perisian

Penilaian

PPBK Menurut Alessi and Trollip (1991) proses penilaian melibatkan beberapa langkah iaitu :

i) Melihat dokumentasi sekali imbas dan meneliti maklumat penting
ii) Mendapatkan maklumat tentang perisian kursus dari dokumentasi yang dilampirkan untuk di salin ke borang penilaian.
iii) Menggunakan perisian kursus pada komputer dari awal hingga akhir sambil meneliti ciri yang sedia ada.
iv) Melakukan kesilapan menaip dengan sengaja. Lihat apa terjadi.
v) Memberikan penilaian berdasarkan penggunaan


Menurut Douglass E. Wolfgram (1994) ciri-ciri bahan kursus yang baik ialah :

i) Isi kandungan yang bersesuaian dengan objektif pembelajarandan tahap kognitif pelajar .
ii) Arahan yang mudah digunakan dan jelas.
iii) Penggunaan grafik yang menarik.
iv) Terdapat selitan audio untuk menimbulkan rangsangan dan motivasi.
v) Terdapat interaksi antara komputer dengan pelajar di mana maklumbalas dapat diberi secara serta merta.

No comments: