Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : " Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".
1.Wanita Ananah
wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah
wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4.Wanita Hadaqah
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah
Pertama - Wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua - Dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah
banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
Sumber : ehberita.com
p/s: Saya dah lama dengar pasal ni..tapi bila muhasabah diri antara mahmudah dam mazmumah kite terus teringat perkara ni..sebenarnye ramai antara kite yang terlepas pandang semua ni..yang penting sekarang ni adalah luaran jerk..jadi ini bukan tuk semua lelaki tetapi sebenarnye amat penting bagi semua perempuan untuk menilai dan muhasabah diri kite.. Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan di atas... Sedih rasanya bila ade antara kite yang kufur nikmat...kesenangan dunia hanya sementara..tidak perlu bermegah untuk menunjuk..ingat..mungkin orang yang kite pandang rendah itu sebenarnye lebih tinggi nilai diri dari kite..
Mood :.. Sedih dengan situasi yang berlaku sekarang terutama kepada para wanita..
Monday, October 15, 2012
Monday, October 8, 2012
cERitA Bab KendURi KAWen (KAHWIN)
Salam semua...ape kabar arini?
Ari pertama memulakan kerja untuk minggu ini...
Seperti rutin biasa perhimpunan pagi tp arini lebih awal habis kerana budak2 akan memulakan peperiksaan akhir tahun arini sehingga khamis nnt.
Disebabkan sekolah kami tu sekolah agama maka tuk subjek agama akan diteruskan sehingga minggu hadapn...
Arini masing2 balik lambat menyiapkan PBS..eviden KSSR tuk tahun 2 tuk pemantauan dari BPK Jumaat nnt...
walaupon sy x ajar KSSR tahun 2 tapi sy ada ajar tuk tahun 1..so kena prepare jugaklah..mane tau tiba2 dieorg mintak fail tuk tahun 1...haaah! mulalah melopong..maka selingan ketika menyiapkan sisa kerja petang tadi adalah pasal kenduri kawen...huhu
kt sekolah tu tinggal 3 org jerk lagi yg bujang...termasuklah diri ini...hehe
so bila bincang pasal perkara tersebut masing2 sibuk mencurah pendapat...sy tertarik dengan isu makan beradab...
teringat masa adik sy kawen bulan 5 aritu kami wat makan pengantin dalam rumah...perkara tu sy pernah belajar dan tau..maka kalu boleh kite elakkan mane yang mampu...
zaman dulu makan beradab memang dinantikan...semua orang nak tengok pengantin makan sambil suap meyuap..
perbezaan dengan sekarang yang paling ketara...dari segi makanan dan hiasan...
orang dulu makan beradab tp makanan mereka tiada beza, tetap sama dengan para jemputan...yang berbeza hanyalah hiasan itu pun sekadar lada besar merah o hijau yang dipotong tuk bentuk kelopak bunga...
tapi zaman kite ni seme canggih manggih kan...hehehe...
nak cantik2 ckit...sy pernah terdengar pasal makan beradab nih...boleh kalau kite nak wat kanopi khas tuk makan beradab tp makanan mestilah sama dengan para tetamu...kite sekarang makanan pengantin sangatlah mewah..ade ayam goleklah, udang cucuk tinggilah..masak ikan tiga rasa lah..macam2 lg
begitu jugak dengan desert..so bila kite wat diluar...bila tetamu datang dan terliur dengan menu kite maka haruslah kite bagi tetamu rasa..tetapi klu ayam golek tu 2 ekor mane cukup tuk semua kan..erm..tulah yang orang xperasan sebenarnya...jemputan kite pelbagai lapisan (sy duduk kampung..yang tempat laen sy xtaulah mungkin org susah xdtg kot) bila makanan tersebut mereka lihat..orang susah, kanak-kanak..mereka semua pasti terliur..kesiankan...mereka hanye mampu tengok..
sebab tu sebaeknye kite wat di tempat yang tidak terlalu umum..mungkin boleh di dalam rumah..atau kanopi yang tidak melalui tempat tetamu makan....selesai makan maka pengantin bolehlah keluar dan beramah mesra dengan para tetamu..mampu ke tidak bile lebih ramai lagi orang yang susun majlis kite...
wah tengoklah ni kan...mesti terliur kan..
(ihsan dari google)
p/s : bile majlis kenduri kite..salunye sedara mara yang uruskan semua kan ..susah bagi kite nak elakkan..ade yang nak sponsor itulah..nak sponsor inilah..sebab kadang2 ape yang kite rancang xsepenuhnye berjaya.. ape2 pon semua tu sekadar perkongsian ..kawan2 semua boleylah sumbang saran ape yang sesuai kan..
Sunday, October 7, 2012
ConGRAtULaTIonS!!
Salam semua..memang dah hobi agaknye..blog minat tp nak update..
uuuhhhhh!!! payahnya...huhu
Alhamdulillah pada Jun 2011 selamat sudah kami menamatkan KDC kami selama 4 tahun (2007 - 2011)..
Selepas semuanya pada Julai 2012 kami menerima pengiktirafan penat lelah kami selama ini..
Majlis Konvokesyen IPG seluruh negara...
IPG Kampus Perempuan Melayu..tempat yg banyak memberi kami ilmu tiba giliran pada hari kedua...
sehari sebelum tu kami dah datang tuk pengambilan jubah dan juga taklimat..
Majlis ni berlansung di Dewan Seri Siantan Putrajaya...
Lebih2 teruja bila nak jumpa semula classmates yang dah terpisah lebih setahun..
Rindu sangat dengan semua...
Semuanya berlangsung dengan lancar pada majlis tersebut...
Walaupun mak ngan ayah xdpt datang namun kawan2 ade di sekeliling yang turut meraikan kejayaan bersama...
Syukur alhamdulillah...xsabar rasanye tuk kembali mencari ilmu...bukan tuk kepentingan sendiri..tetapi juga untuk dikongsi dan dicurahkan kepada semua anak2 generasi akan datang...
Sebagai pendidik ilmu itu seharusnye xpernah putus...
(kerana ade juga saya pernah dengar jiwa pendidik cukup sekadar sijil dan ilmu yang dah ade..semangat tuk terus mencari seolah terputus kerana sikap yang merasakan diri adalah yang terbaik)
Di bawah ada sedikit kenangan...xnak letak gambar banyak2 sangat..hehe
Bersama k.midah, k.una, nana, and k.reha
Tahniah pada k.una..masa ni die dah pregnant 3 bulan...
Selepas taklimat mencuba jubah dan bergambar kenangan
Alhamdulillah...semuanya dah selesai
Tahniah semua...bila pulak kite dapat jumpa kan...
Sebahagian daripada kami KDC KDPM SABK 07..Pendidikan Islam
Ramai juga yang xdapat hadir sebenarnya...ade rezeki kite jumpe ye
Alhamdulillah tuk kali kedua...
Dalam persediaan tuk fasa seterusnye...InsyaAllah dalam tempoh bawah 10 tahun akan datang sy kembali seperti ini..
p/s: kepada kawan2 semua...tahniah diucapkan...ingat ye lepas ni kite sambung lagi...semoga kite masih dpat bersama dalam menuntut ilmu...kalian adalah rakan, serta guru kepada saya...Alhamdulillah...
Labels:
MotiVaTiOn,
My FREnz,
MyLiFE,
MySeLF
Subscribe to:
Posts (Atom)